Perikanan laut dalam di Malaysia
Perikanan laut dalam di Malaysia

Perikanan laut dalam di Malaysia

Perikanan air dalam merupakan satu aktiviti dalam industri perikanan yang dilakukan di kawasan perairan dalam dan biasanya jauh dari daratan. Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian ("Food and Agriculture Organisation (FAO)") Bangsa-Bangsa Bersatu, penangkapan ikan laut dalam dilakukan di kawasan perairan antara 200-2,000 meter di lautan lepas dan ia menyasarkan ikan spesies pelagik dengan menggunakan peralatan termasuk pukat tunda dasar dan pertengahan dan tali panjang. Oleh kerana ia dilakukan diperairan laut dalam, biasanya bot yang digunakan adalah bersaiz besar lebih dari 70 tan berdaftar yang menggunakan peranti pengumpul ikan. Sungguhpun aktiviti laut dalam dihadkan oleh undang-undang pada jarak melebihi 30 batu nautikal bagi melindungi nelayan kecil, terdapat penjanayah yang beroperasi dalam kawasan lebih dekat. Perbuatan ini mengancam pendapatan nelayan kecil persisiran pantai.